
(maksud negatif)
1. Terasa hati = terluka perasaan = terguris hati = makan dalam = kecik hati
(maksud positif)
2. Terasa hati = menyentuh kalbu = mengusik jiwa = hati syahdu = besar hati
Topik kali ini akan menyentuh berkenaan definisi pertama. =)
Bagaimana kita boleh terasa hati? Selalunya...(tetapi tidak terhad kpd...)
-Apabila kena marah kaw kaw.
-Apabila kena perli cili padi.
-Apabila kena tegur cara yg tak best .
-Apabila kena pulau.
Apakah yg perlu atau boleh kita lakukan apabila kita terasa hati??Ada banyak pilihan...boleh pilih satu atau lebih... =)
1. Berdiam diri bagi tujuan muhasabah diri mengadap illahi.
2. Berdiam diri kerana bijak dan tidak mahu bertindak seperti orang bodoh.
3. Berdiam diri bagi mengumpul kekuatan untuk membalas dendam.
4. Melatah dan terus emo-emo tak tentu pasal bikin kacau kepala org lain.
5. Mengadu kepada orang lain untuk mendapat sokongan padu dan membina kroni.
6. Berjumpa sendiri dgn orang yg melukakan hati dan settle secara baik hati ke hati.
7. Menenangkan diri dgn menulis blog mcm ni contohnya. (hahahhaha)
8. Buat tak kisah...buat dono...
Jadi...lu pilih lah sendiri!!
Setiap pilihan ada baik buruk... tapi ikut logik akal, pilihan 1, 2 dan 6 lebih mendatangkan keuntungan dan keamanan.
Terasa hati selalunya berlaku di kalangan keluarga dan kawan kawan.
Di tempat kerja, tempat belajar malah toilet pun ada!!
Kadang kadang dgn stranger pun boleh terasa hati gak. Haih...
Setakat ni aku tak pernah terasa hati yg teruk ngan sesapa lagi kot...
Entahlah, kalau ada pun maybe dah tak ingat..kira aku halalkan lah.
Kepada sesiapa yg pernah terasa hati dgn aku and rasa cam tak settle lagi, tak puas hati lagi, sila kemukakannya di ruangan komen okay. *senyum*
Marilah kita berbaik!! *mendepakan tangan cam nak peluk tapi tak peluk*
Peace!!! *tunjuk dua jari*