Showing posts with label Kita Manusia. Show all posts
Showing posts with label Kita Manusia. Show all posts

Saturday, February 13, 2010

Love Triangle


I don't know about you readers, but I was once in a love triangle. And I thank God for giving me the opportunity to experience it.

Aku sampai sekarang berfikir yang sebenarnya kita semua ni pasti akan melalui saat-saat cinta tiga segi ni. Saya pasti punya lah! =) Kalau kamu tak pernah, then alhamdulillah, moga-moga dijauhkan.

Bagi siapa yang pernah melalui cinta 3segi tu and dapat orang yang dia nak, aku ucapkan tahniah! Mudah-mudahan perhubungan dgn si dia masih teguh. Goyang sekali sekala takpe, asalkan akarnya kuat! Tapi aku nak ingatkan, jangan pulak bila ko dah menang, meaning dah dapat si dia, ko nak sakitkan hati orang yang kalah pulak. Janganlah gitu. Tak baik. Melainkan si kalah carik pasal dengan kau dulu, ha...yang itu baru ko ada hak utk pertahankan diri kau. Tapi balas sekali je ok? jgn berkali-kali. =) Bila difikir-fikir, kalau kau tak balas perbuatan jahat si kalah pun takpe. Biarkan. Sebab if si dia betul2 cintakan kau, si dia akan balaskan utk kau and pertahankan kau. Percayalah. Aku bercakap dari pengalaman ni. =)

Bagi siapa yang pernah melalui tetapi tak dapat orang yang dia nak pulak, aku ucapkan tahniah jugak! Aku tak mahu korang sedih jiwa kacau sentiasa. Aku nak korang berfikiran optimistik! Boleh jadi ko sayang gila gila kat dia, tapi dia tak mendatangkan kebaikan utk ko. Tuhan lebih mengetahui, kan? Jadi, chin up and smile beb! Tapi jangan pulak bila ko tak dapat dia, ko berusaha gila gila nak sakitkan hati orang pilihan si dia pulak. Itu dah salah. Aku tau lah ko tgh geram sakit hati sebab tak dipilih, tapi jgn lah gitu. Memalukan diri sendiri macam tu beb. Jangan ok? Itu bukan cara yang terbaik utk nampak cool. Cara yang terbaik adalah let it go dengan hati yang terbuka. dan biarkan mereka bahagia. dengan cara itu kau akan menemui orang yang boleh buat ko bahagia. Percayalah pada jodoh, kalau dia memang jodoh kau, lambat laun dia akan kembali kepada kau juga tanpa dipaksa. Ingat, tanpa dipaksa. Percayalah cakap aku. =)

Terus.... senyum senyumlah selalu dan selamat menyambut hari cinta! hehehe.

Saturday, August 15, 2009

Ustaz Asri Rabbani


Terngiang ngiang lagu nasyid Pergi Tak Kembali...
And his kids semua masih kecil... sudah hilang ayah yang soleh. *sedih*

I read somewhere yang bila kiamat sudah dekat, Tuhan akan tarik nyawa orang-orang soleh satu persatu..... *speechless*

When do u think is your turn to return to your Creator?
Wait, are we even soleh and solehah? *speechless, again*

Al Fatihah buat Ustaz Asri Ibrahim, vokalis Rabbani.

Tuesday, July 28, 2009

Storyteller Yasmin - You will Be Remembered


On the 25th Of July 2009, Malaysia, lost one of its best daughter. She has colored the lives of Malaysians despite all the current going against her. She was a stern person, some would go as far as calling her a bitch, but it was those few characteristics that made her extraordinary. On the 26th of July, we laid her to rest.

She gave us love in Gubra and Sepet, redefine love with music in talentime. Always asking the big question of why cant we all just get along??

To Yasmin...

You are hard, stern, immeasurably filled with controversies, yet you face everything with finesse and elegance. Your lost is a lost for humanity, your passing is the death of questioning mediocrity. In a society filled of conformity and stereotypes, you rose above you ranks and proved that different is unique, different is to be celebrated not feared, and for that you will forever be remembered in our memories.

Yasmin Ahmad
(July 1958 - July 2009)
Friend, Mother, Sister, Poet
Story-Teller

Wednesday, June 10, 2009

Séraphine Louis


From left: Movie poster, Yolande Moreau as Seraphine, Seraphine paints.
Below: The real Seraphine Louis (1864-1948).


“Seraphine”. Filem Antarabangsa dari Perancis.

Tentang seorang pelukis. Namanya Séraphine Louis.
Tentang seorang pengumpul seni. Namanya Wilhelm Uhde.
Oh bukan. Ini bukan kisah cinta. =P

Séraphine yatim piatu. Dia seorang pembantu rumah pada waktu siang bertukar menjadi seorang pelukis pada waktu malam. Tidak banyak bercakap tapi suka menyanyi. Sangat cinta pada alam dan tumbuh-tumbuhan. Tidak pernah masuk kelas melukis. Pandai melukis dengan sendirinya, dari hati. Séraphine melukis dengan campuran buah-buahan, bunga-bunga, lumpur, arak hinggakan darah. Apa-apa sahaja yang dia jumpa dan lihat yang dirasakan boleh guna untuk melukis.

Wilhelm, seorang pencinta dan pengkritik seni yang homoseksual @ gay. Selalu bersama adik perempuannya. Wilhelm lah orang pertama yang membeli lukisan Seraphine, malah lukisan Picasso juga.

Things I learnt from the movie:
  • Kalau manusia dah memang minat sangat akan sesuatu, Perang Dunia Pertama pun tak dapat menghalang dari melakukan apa yang kita mahu.
  • Kurangnya duit bukan penghalang untuk seseorang menjadi apa yang dia mahu jadi. Contohnya pelukis. Takde duit, guna lah benda free!! hehehhehe.
  • Menyentuh atau bercakap dengan tumbuh-tumbuhan, pokok, sungai, alam semula jadi dan binatang adalah sesuatu yang menenangkan hati.
  • Dapat wang yang banyak serta merta boleh menjadikan seseorang boros. Huhu (Kena batang hidung sendiri)
  • Semua manusia ada “dark side” masing-masing.
  • Mengharapkan sesuatu sangat sangat dan kemudian tidak dapat, boleh menjadikan seseorang itu gila. Lebih lebih lagi kalau tiada kawan di sisi.
  • Sedalam mana pun minat kita terhadap sesuatu, jangan biarkan diri tidak terurus.
  • Tidak ada manusia yang mahu hidup dalam kekotoran, tetapi kemiskinan menyebabkan mereka terpaksa hidup BERSAMA kekotoran. Kalau diberi peluang, semua manusia mahukan sesuatu yang bersih dan cantik.
  • Terimalah ahli keluarga seadanya. Walaupun gay. Sebab dia darah daging kita.
  • Jangan pandang rendah atau memijak orang bawahan. Mereka pasti mempunyai bakat atau kepandaian yang tersembunyi.
Filem ini lambat. Tidak sesuai untuk orang-orang yang suka pada romantika dan kepantasan.

Sekian.

p/s: Japanese Film Festival 2009 is just around the corner. Arghh!!!! Why oh why semua mesti ada di Kuala Lumpur?!!

Thursday, May 21, 2009

In God we trust, In Humanity we believe


I dont remember whether Ive ever post this story before, but I hope people enjoy it. I heard this story somewhere, its not mine, but since i dont remember where I read it, Im gonna re-tell it likes it mine. Again I repeat, this is not my story ok?

If you live in Kuala Lumpur, you are bound to have a split personality. In one hand, you are that mild-mannered, smiling, cheerful person that everyone loves at the office. The other is the horn honking, cursing, angry car driver stuck in a traffic jam after office hours. My dad used to say that people in KL become "samsengs" when they drive but are decent human beings if they dont have a car in KL.

Working in KL I have witnessed this "transformation". I have seen office mates turning into road devils screaming down the highway and Ive seen total strangers arguing from the window of their car. Then one day, something happened. It is a well undocumented rule that if you're crossing the road while the lights are turning green, youre bound to get a honking and an earful of curses. So one day while being the first car in front of a traffic light. Watching a blind man slowly walk across the road, i thought to myself "Uh-oh he's gonna get some.." As the lights turned green the man was still in the middle of the road and all the honking got him disoriented. he was now right in the middle of the junction halting traffic from all directions and then suddenly, as if an angel had blew into the hearts of many, a revelation, everyone went quiet.

All eyes fixed on the blind man, struggling to find his way to the other side. The honking had stopped, the cursing had stopped. It was so quiet. It was so quiet that you fear, that kind of quiet might be forever, and it scared you. Then suddenly a voice shouted.

"Pakcik, Jangan jalan, and paling kanan" He did as he was told.
"Ok Pakcik Jalan straight dalam sepuluh tapak..." A female voice this time.
"Hati hati pakcik, ada lubang tengah jalan tu.. jaga jatuh..." another said
"Sikit lagi pakcik, nak sampai dah tu.." yet another voice
"tebing tu tinggi skit pakcik, hati-hati.." and the final voice.

The Pakcik got to the other side of the road safely and the line moved.

We are living today in a society that has no moral absolutes. Everyday is colored by a gray area. Good and bad are almost always the same. And even when there are morale absolutes, these black and white days almost always come with a body count. But that day, it was white. Everyone i think that day went home from that little event feeling that in all the hustle and bustle of city life, sometimes, more often than not, humanity will triumph, chivalry will triumph. If we only stopped and consider the situations, we'll probably be more inclined to do good, then to look away.

Friday, May 15, 2009

Cool tantrum




Okay something happened in the office today. A girl who teaches English with me threw a tantrum over some scheduling things. I have no problems with tantrums and fits happening in the office. Its a working place youre bound to be faced with the pressures and youre bound to let it snap. Not that I've ever snapped before, but i understood it. People handle pressure differently. Though its not my main point. There some things said directed at some very unfortunate people (wrong place wrong time hehe) who had to take the stick since they were there. The way it was said, was uncool. Okay i know this sounds ridiculous but at the precise moment i was thinking

"Thats a very uncool way of doing it, at least biarlah macam cool skit marah... like a dark stare or silent anger (like Hulk) or go storming at the boss (like a lose cannon)"

The way she did it was like she was whining out loud. And i thought it was funny. Ini marah ke, aper? Marah ke mengeluh kuat-kuat. Dont get me wrong, i think her tantrum was justified, she should have been angry, but if i have one advice for her is that it should be cool. Like one of those gangster movies where the mafia boss is angry but keeps that calm voice, hehe that would be cool.

I hope that when its my turn to be angry, or throw a tantrum, i'd have the decency to at least be cool when i do it hehehhe.

Which group are you in?


Kelas Zamrud, Kelas Berlian, Kelas Nilam...
Fakulti Teknologi, Fakulti Bahasa, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Seni...
Syarikat A, Syarikat B, Syarikat C...
Bangsa Melayu, Bangsa Cina, Bangsa India...
Agama Islam, Agama Hindu, Agama Kristian, Agama Buddha...
Parti BN, Parti PAS, Parti KEADILAN, UMNO, MCA, MIC...
Golongan Kaya, Golongan Miskin, Golongan Bijak Pandai, Golongan Tak Masuk Universiti...
Dan maaacam-macam lagi...

Kita pergi ke mana-mana pun, bila-bila masa pun, kita tak boleh lari daripada hakikat ni.
Di mana-mana sahaja, kita akan sentiasa dilabel, dikelompokkan, dikategori...
Selalunya kita dilihat sebagai ini,
Kadang-kadang, kita dilihat sebagai itu.
Ada masa kita sendiri yang jadi golongan ini,
dan masa lain pula kita berubah menjadi golongan itu.

Bukan ke itu semua hanya kumpulan? Hanya nama?

Siapa cipta kumpulan?
Siapa yang membentuk kumpulan?
Adakah kumpulan tercipta dengan sendirinya?
Ada apa dengan kumpulan?
Apa tujuan kumpulan?
Ke kumpulan memang tidak patut ada pada mulanya?

Adakah kumpulan dicipta supaya kita semua berkelahi dan bergaduh antara kumpulan?
Adakah kumpulan dicipta untuk kita memandang rendah atau tinggi pada kumpulan lain?
Atau kumpulan dicipta supaya kita saling bertanya untuk lebih faham perbezaan yang ada?
Atau kumpulan dicipta supaya dapat bergabung, dapat melengkapi yang mana tidak sempurna?

Satu sahaja persamaan.
Aku kau kita sama sahaja - Manusia.
Tiada yang sempurna.
Ada cacat-celanya.
cliché? Memang ya.

Jikalau semua manusia acuannya sama,
Tidakkah suram dunia?

Wednesday, February 18, 2009

Terasa Hati...

(maksud negatif)
1. Terasa hati = terluka perasaan = terguris hati = makan dalam = kecik hati

(maksud positif)
2. Terasa hati = menyentuh kalbu = mengusik jiwa = hati syahdu = besar hati

Topik kali ini akan menyentuh berkenaan definisi pertama. =)

Bagaimana kita boleh terasa hati? Selalunya...(tetapi tidak terhad kpd...)
-Apabila kena marah kaw kaw.
-Apabila kena perli cili padi.
-Apabila kena tegur cara yg tak best .
-Apabila kena pulau.

Apakah yg perlu atau boleh kita lakukan apabila kita terasa hati??
Ada banyak pilihan...boleh pilih satu atau lebih... =)

1. Berdiam diri bagi tujuan muhasabah diri mengadap illahi.
2. Berdiam diri kerana bijak dan tidak mahu bertindak seperti orang bodoh.
3. Berdiam diri bagi mengumpul kekuatan untuk membalas dendam.
4. Melatah dan terus emo-emo tak tentu pasal bikin kacau kepala org lain.
5. Mengadu kepada orang lain untuk mendapat sokongan padu dan membina kroni.
6. Berjumpa sendiri dgn orang yg melukakan hati dan settle secara baik hati ke hati.
7. Menenangkan diri dgn menulis blog mcm ni contohnya. (hahahhaha)
8. Buat tak kisah...buat dono...

Jadi...lu pilih lah sendiri!!

Setiap pilihan ada baik buruk... tapi ikut logik akal, pilihan 1, 2 dan 6 lebih mendatangkan keuntungan dan keamanan.

Terasa hati selalunya berlaku di kalangan keluarga dan kawan kawan.
Di tempat kerja, tempat belajar malah toilet pun ada!!
Kadang kadang dgn stranger pun boleh terasa hati gak. Haih...

Setakat ni aku tak pernah terasa hati yg teruk ngan sesapa lagi kot...
Entahlah, kalau ada pun maybe dah tak ingat..kira aku halalkan lah.

Kepada sesiapa yg pernah terasa hati dgn aku and rasa cam tak settle lagi, tak puas hati lagi, sila kemukakannya di ruangan komen okay. *senyum*

Marilah kita berbaik!! *mendepakan tangan cam nak peluk tapi tak peluk*

Peace!!! *tunjuk dua jari*

Friday, January 23, 2009

Motor, Teman Serumah & Rokok

Motor.

Aku tengok orang orang yang bawa motor ni, kadang kadang menakutkan.

Main selit selit je dia tepi lori, tepi kereta, depan lori, depan kereta. Kalau silap langkah boleh free free je kena langgar. Ish.

Moon, ko esok dah boleh bawak motor, berhati hati ketika menyelit ok. Sila berhemah ok.

Satu lagi, aku tak boleh tengok orang tua bawak motor. Aku rasa kasihan. Mcm sedih.
Orang tua tak patut bawak motor bagi aku.
Sebab nanti kalau cuaca terik then pengsan masa tgh bawak motor, cenggane?

Kawan kawan semua, kalau boleh, jgn naik motor. Dan jgn benarkan ayah atok pakwe atau adik adik anda naik motor.

Sila berhati-hati ketika menaiki motor.

Bahaya. Sayangilah keluarga.

p/s: Bengang betul kalau Seth naik motor or bonceng motor dgn kawan.



Teman Serumah.

Ciri-ciri teman serumah yang baik adalah:

Tolong rakan memasak di dapur. Bukan buat dek jer… Apa kau ingat kau ni puteri or putera raja ke nak suruh orang tolong masakkan? Dah la ko pun nak makan sekali.

Menjaga kekemasan dan kebersihan rumah agar sedap mata memandang. Bukan main campak je seluar, kain, tudung, dan beg sesuka hati, Gantung air bungkus kat memane sampai berhari hari. Haih. Teruk betul. Anak siapalah tu…tu baru rumah sewa, rumah menumpang, belum rumah sendiri lagi tu. Ish ish.

“Go dutch” bila tiba waktu beli barangan rumah nak masak. Takkanlah kawan ko yg dapat elaun sikit nak bayar semua?!! Amboi amboi, banyak hodoh muka lu? Tak reti reti ke nak hulur duit, share duit beli barang rumah? Haih.

Duplicate kunci sendiri dan jaga kunci tu bebaik. Kalau kunci hilang, sila ringankan mulut pergi pinjam kunci kawan and duplicate sendiri ok? Jangan ngada-ngada nak suruh kawan ko balik cepat. Siapa suruh tak jaga kunci rumah bebaik kan? Salah sendiri la kan. =P

Bergotong-royong membersihkan rumah, mencuci bilik air. Kalau tak nak cuci, tak nak tolong, sila berambus!!
Tidak sesuka hati mengalihkan barang-barang tuan rumah. Amboi, anda tidak guna akalkah? Itu bukan rumah mak bapak pakcik makcik anda ok?

Tidak sesuka hati menggunakan kuasa veto dalam membuat keputusan. Jika orang yg ada hak dalam membuat keputusan kata “NO”, it means “NO” ok? Which part of bahasa melayu or bahasa inggeris that u don’t understand?

p/s: Jika anda tidak suka ciri-ciri di atas, sila cari rumah sewa sendiri and berambus cepat ok? Jangan pijak kepala orang yang baik hati, nescaya anda akan mendapat kesusahan di kemudian hari.



Rokok

Pagi pagi je polan si polan hisap rokok.
Aku duk sebelah, terkena asap rokok. Terkena asap rokok tak kesah lah kan..
Tapi paling geram bila asap rokok tu masuk hidung aku!!! Haish!!!!

Aku ni dah la kering. Hirup pulak udara yang tak segar. *sedih*

Bagi menjaga kesihatan Seth, Summer bertekad, segala peralatan yang dijumpai yang bersangkut paut dengan rokok akan dimusnahkan dan dibuang. Tidak kira mahal macam mana sekali pun. Tidak kira di hadapan kawan kawan atau keluarga sekalipun. Pedulik apa aku!!!

Kita kaum perempuan kena tegas!! Kena ambil tindakan drastik!!

p/:s Seronok rendam rokok Seth dalam air. Lepas ni nak buang Zippo pulak.

Monday, December 1, 2008

Pengorbanan Seorang Perempuan


bangun tidur
sapu lantai bilik
mop lantai bilik
sapu lantai bilik kali ke-2 (bile lantai dah kering)
cuci toilet bilik
buang sampah bilik
letak plastik sampah yang baru
dah habis kemas bilik
boleh mandi dengan senang hati

Pergh... ni baru satu bilik kecik...
belum bilik besar lagi...
belum masuk bilik-bilik lain lagi...
belum masuk toilet-toilet lain lagi...
belum kira ruang tamu lagi...
belum kira dapur lagi...
belum kira halaman rumah lagi...

kalau rumah kecik.. macam senang, ye tak??

belum rumah besar lagi..
belum rumah besar 2 tingkat lagi..
kalau orang tu rumah 3 tingkat cenggane??!!

haih...

patutlah orang-orang kaya ada pembantu rumah..
patutlah surirumah yg takde pembantu rumah mengadu kepenatan..
kemas rumah lagi...
kene jaga anak anak lagi...
masak lagi...
jaga kecantikan diri supaya suami senang hati lagi...
itu kalau isteri duk rumah tak bekerja..

kalau bekerja???

haih...

patutlah kadang-kadang perempuan terlepas pandang bab-bab kebersihan rumah...bab anak..bab masak..bab kecantikan diri.
sebab banyak benda nak kene fikir, nak kena urus.

patutlah emak bising kalau cawan dah minum letak bersepah..
patutlah ibu bising kalau bilik tak kemas..
patutlah mama bising kalau sampah tak buang...
patutlah mommy bising kalau habuk rokok merata-rata
patutlah abah senyap je bila mak bebel sebab dia pun buat bende salah yang sama macam anak dia... hahahha
patutlah mak sedih bila anak anak tak dengar kata... =(

sebab....mengemas itu penat okay??!!!
sebab jadi surirumah itu penat okay??
sebab jadi perempuan itu leceh okay??

apa?? saya comot?? sapa suh saya fikir macam macam??

baiklah.
awak uruskan rumah sendiri.
awak uruskan makan pakai awak sendiri.
awak uruskan perangai akhlak anak anak.
awak uruskan kewangan keluarga.
awak uruskan bil bil semua.

saya boleh relax.
saya boleh buat rambut. saya boleh buat kuku. saya boleh buat duit.
peduli apa saya kalau rumah terumbang ambing, anak anak nakal.
yg penting, isteri cantik, awak bangga.
pastu lelaki lain bawak lari
awak mahu itu?

*senyum*

hehe. maaf. entri ini sebenarnya pasal kebersihan. termasuk hal rumah tangga pulak. hahahhahaha.

macam sudah kahwin pulak.
*gelak hell lagi*

kesimpulannya,
marilah menghargai pengorbanan ibu, emak, mama, ummi, mommy
marilah menghargai pengorbanan isteri

marilah menjaga kebersihan.

*kenyit mata*

Thursday, July 17, 2008

Topsy-turvy world


People study what they are bad at in order to be able to do what they are good at. Grown ups tell us to find out what we did wrong and never do it again.

That's odd!! It seems that in order to find out about something, you have to study it. And when you study it, you should become better at it. Why should you wanna become better at something and then never do it again?

Nobody ever tells us to study the right things we do. We're only supposed to learn from the wrong things. But we are permitted to study the right things that other people do. And sometimes we're even told to copy them.

That's cheating!

You are quite right. I do live in a topsy-turvy world. It seems like i have to do something wrong first, in order to learn from what not to do. And then, by not doing what i'm not supposed to do, perhaps i'll be right. But i'd rather be right the first time, wouldn't you?


Excerpted from Alice in a Wonderland.

If we study the bad things, we will become better at it.
If we always do the the bad things, we will absolutely become expert at it.
If we practice the bad things, well, practice makes perfect.

Same goes to the right.good.things.

Hmmph.

Monday, April 7, 2008

Good Friends

Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .

Kawan yang baik tidak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak
membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.
Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya
untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu
menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari
bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan
yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.
Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya
untuk sentiasa berada disisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya
untuk berkawan dengan kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika
kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik,
kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan
kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa
kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.
Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi
kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu
perkara yang baik kepada kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan
perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskhah ini kepada kawan-kawannya,
bukankerana terpaksa, bukan kerana suka-suka,
tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya
supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita hendak mendapat kawan baik yang baik,
kita mestilah terlebih dahulu menjadi
seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik!

p/s: Ayuh kawan-kawan, marilah kita menjadi kawan yang baik.