Thursday, January 24, 2019

Catatan Januari

Januari sudah semakin sampai ke penghujung, minggu depan hari Jumaat dah masuk 1 Februari.
Cepat sungguh masa berlalu.

Tadi pagi sesi hadis di office, dapat ilmu baru. Aku baru tahu rupanya tidak elok untuk kita cakap "biarlah masa yang menentukan..." . Masa itu adalah ciptaan Allah; makhluk Allah. So masa tidak boleh menentukan apa-apa, hanya Allah yang dapat menentukan segala-galanya.

Orang-orang zaman jahiliyiah pada zaman nabi-nabi terdahulu, mereka suka menisbahkan sesuatu yang tidak baik dengan masa. So bila dia salahkan masa, ibarat dia menyalahkan Allah, sedangkan Allah itu Maha Sempurna. Jadi kita tidak boleh dan ditegah sama sekali untuk ikut amalan orang jahiliyiah.

Yes, office saya bekerja ni, kami akan buat bacaan yassin setiap bulan, ini sudah lama sejak 7-8 tahun yang lalu. Start bulan 11 tahun lepas, sesi perkongsian 1hari-1hadis pula.
Bagus juga macam ini, tidaklah kita lalai dari akhirat, inshaaAllah.
Sudah banyak agaknya pahala berantai yang boss S dapat, sebab idea cetusan sesi-sesi begini datang dari beliau. MashaAllah.
Mudah sebenarnya kita nak buat ladang pahala, 'berbisness' dengan Allah. 'Perniagaan' dengan Allah tidak pernah rugi. Untung semuanya.

Anyway, apa yang dah kita capai bulan ini? Adakah lebih baik dari bulan lepas?

Bab pekerjaan. Aku rasa bulan ni Alhamdulillah kedatangan aku ke tempat kerja 'excellent', takde selepas pukul 8 pagi dah. Haha. Obviously, better than last year. Harap berterusan lah sampai akhir tahun, inshaaAllah. Alhamdulillah, inilah kebaikan Orked masuk pra-sekolah. Hantar dia pi sekolah dulu, and then terus pi kerja.

Bab rohani pulak. Aku target untuk capai mengaji at least 1 hari 1 muka dalam mana-mana waktu selepas solat. So meaning 1 hari mesti ada baca 1 muka. So far alhamdulillah berjaya, sekarang dah masuk juzuk 2. Ada juga hari yang macam tak sempat baca, entah apa yang aku sibukkan. Astaghfirullah. Perlu baiki lagi konsistensi itu. Tahun lepas dapat katam sekali ja setahun. Malu. Sibuk sangat dengan dunia. Tahun ni nak tingkatkan ke 2 kali katam setahun. Allah pasti bantu.

Bab anak pulak. Dapat siapkan bilik for Orked. Robok putih dia, baju-baju and mainan-mainan semua dah dipindahkan ke bilik dia sendiri. Kemain suka dia. Tapi Orked masih belum berani tidur sendiri lagi. Dah cuba teman dia tidur dulu, bukak pintu semua, tapi nanti pukul 1-2 pagi, dia datang semula masuk bilik kami. Haha. Korang ade tips tak macam mana nak beranikan anak untuk tidur sendiri?

Bab ibu bapa. Aku target untuk setiap hari Jumaat transfer online banking ke tabung haji mak abah. So far ade satu hari Jumaat terlupa. Astaghfirullah. Lepas ni nak try set buat 'recurring'. Semoga kami dapat pergi umrah bersama-sama. Haji mak abah dah pergi dah. Tapi sebab aku belum pernah pergi, so aku niat nak pergi umrah sama-sama dengan mak abah and suami and kalau ada rezeki lebih dengan Orked sekali. Ish, termenangis pulak semasa tulis ni. Allah pasti bantu. Allah sebaik-baik pemberi rezeki.

Bab suami. Err... Sambung post akan datang lah ya. Hahaha.

Oklah. Korang semua macam mana? Semoga kita semua berlumba-lumba ke arah jalan-jalan yang diredhai Allah. Amin!

No comments: