Saturday, March 30, 2013

Tuesday, January 1, 2013

Ya Allah

Written on MS Word in November 2012...Sharing online today.
 
Ya Allah,
Aku bersyukur kepadaMu,
Kerana Kau memanggil suamiku pulang kepadaMu dengan mudah,
walaupun aku dapat melihat dan merasakan suamiku kesakitan dan menggigil…
tapi sesungguhnya kesakitan itu pasti dirasai oleh semua makhlukMu apabila tiba masanya..

Aku bersyukur Ya Allah,
Kerana Kau memanggil suamiku pulang kepadaMu,
Pada waktu aku di sampingnya,
Pada waktu dia berada sangat sangat hampir denganku…dengan keluargaku,
Bukan ketika aku tiada,
Bukan ketika aku tidur,
Bukan pada waktu dia keseorangan di rumah di Kuala Lumpur,
Bukan pada waktu dia berada dalam bas menuju ke Kuala Lumpur,
Bukan pada waktu dia memandu,
Bukan pada waktu dia di tandas,
Bukan pada waktu dia di pejabat,
Bukan pada waktu-waktu yang menyukarkan kami untuk menguruskannya...

Aku bersyukur Ya Allah,
Kerana aku, isterinya, menjadi orang yang terakhir dia bersama, lihat, senyum ….

Aku bersyukur Ya Allah,
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Merancang setiap sesuatu
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui apa yang tersembunyi

Aku Redha Ya Allah,
Jika ini ketentuanMu untuk kami,
Aku terima dengan redha,
Aku percaya pasti ada hikmah di sebalik semua ini,
Berikanlah aku pahala di atas kesabaran dan keredhaan ini,
Kau satukanlah kami semula di SyurgaMu Ya Allah,
Engkaulah yang Maha Mengetahui akan kasih sayang dan cintaku kepadanya
Janganlah kau hilangkan dia dalam ingatan dan hatiku,
Kau lindungilah dia, kau selamatkanlah dia
Kau permudahkanlah segala untuknya di alam sana..
Amin amin ya rabbal alamiin…

04 Muharram 1434

Assalamualaikum.
Bismillah.

Most people would start their new year post with happy notes. =) I was one of them for past years.
But for this 2013...allow me to start my new year post with different tones and news...

Am not sure whether there's still any readers...since it's been such a long long time we (hanafee and sabrina) updated this blog. but it's ok, I do this for me. to remind myself to be stronger and wiser. 

Please do not cry ok? =)

----------------------------- 


HANAFEE ABDUL RAHMAN
17 JAN 1985 – 18 NOV 2012
PULANG KE RAHMATULLAH PADA
04 MUHARRAM 1434H

Ya Allah
Kau muliakanlah kedatangan suamiku..
Kau ampunkanlah hapuskanlah dosa-dosanya
dosa kecil besar, dosa awal akhir, dosa nyata, dosa tersembunyi
Kau terimalah amalan kebaikannya
Kau berilah Nur kepadanya
Kau lapangkanlah luaskanlah kuburnya
Kau lindungilah dia, kau selamatkanlah dia dari azabMu
Kau permudahkanlah segala untuknya
Kau teguhkanlah dia dalam menjawab pertanyaan malaikat malaikatMu
Kau satukanlah kembali aku dan suamiku Hanafee Abdul Rahman di SyurgaMu.
kepadaMu aku sembah, kepadaMu aku minta pertolongan, aku memohon
Ampunilah suamiku..
Pandanglah dia dgn pandangan belas kasihanMu..
Engkaulah yg Maha Agung, Maha Besar, Maha Mengasihani,
Engkaulah yg Menguasai langit dan bumi…
Terimalah doa ku ini.
Amiin.