Tuesday, January 1, 2013

Ya Allah

Written on MS Word in November 2012...Sharing online today.
 
Ya Allah,
Aku bersyukur kepadaMu,
Kerana Kau memanggil suamiku pulang kepadaMu dengan mudah,
walaupun aku dapat melihat dan merasakan suamiku kesakitan dan menggigil…
tapi sesungguhnya kesakitan itu pasti dirasai oleh semua makhlukMu apabila tiba masanya..

Aku bersyukur Ya Allah,
Kerana Kau memanggil suamiku pulang kepadaMu,
Pada waktu aku di sampingnya,
Pada waktu dia berada sangat sangat hampir denganku…dengan keluargaku,
Bukan ketika aku tiada,
Bukan ketika aku tidur,
Bukan pada waktu dia keseorangan di rumah di Kuala Lumpur,
Bukan pada waktu dia berada dalam bas menuju ke Kuala Lumpur,
Bukan pada waktu dia memandu,
Bukan pada waktu dia di tandas,
Bukan pada waktu dia di pejabat,
Bukan pada waktu-waktu yang menyukarkan kami untuk menguruskannya...

Aku bersyukur Ya Allah,
Kerana aku, isterinya, menjadi orang yang terakhir dia bersama, lihat, senyum ….

Aku bersyukur Ya Allah,
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Merancang setiap sesuatu
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui apa yang tersembunyi

Aku Redha Ya Allah,
Jika ini ketentuanMu untuk kami,
Aku terima dengan redha,
Aku percaya pasti ada hikmah di sebalik semua ini,
Berikanlah aku pahala di atas kesabaran dan keredhaan ini,
Kau satukanlah kami semula di SyurgaMu Ya Allah,
Engkaulah yang Maha Mengetahui akan kasih sayang dan cintaku kepadanya
Janganlah kau hilangkan dia dalam ingatan dan hatiku,
Kau lindungilah dia, kau selamatkanlah dia
Kau permudahkanlah segala untuknya di alam sana..
Amin amin ya rabbal alamiin…

3 comments:

puan nina said...

salam takziah atas pemergian suami.. Allah lebih menyayanginya..semoga rohnya dicucuri rahmat..

Anonymous said...

salam alaik..

bertabahlah..perpisahan ini hanya sementara,kerana urusannya didunia ini telah selesai..insyaAllah jumpa lagi di jannah..moga rohnya ditempatkan bersama mereka yang dijanjikan syurga..

Frankly i mmg dah lama follow blog ni,tp just as anonymous..teruja melihat ada update dari blog ni,tp terkejut dgn berita hanafee dh xda..kuat ya,setiap yg hidup pasti akan kembali..harapkan blog ni masih diteruskan walau tanpa hanafee..

i nak share satu blog,tentang seorang istri yg tabah menjalani kehidupn after kematian husband yg tersayang..blog itu seolah-olah ditulis kepada husbandnya mngenai kehidupan dia dan anak-anak dan rindunya pd suami yg telah pergi..i hope u dpt inspiration from her..her blog, http://mawarnafastari.blogspot.com/

kuat! kuat!

-NSS

chezzem said...

Betul. Kena bersyukur pasal benda tu. Allah has planned everything perfectly kan? Be strong babe!