
Dulu. Salah satu cita-cita aku nak jadi model. Nak pakai baju cantik sambil jalan buat muka serius macam tak peduli orang sekeliling sebab macam paling lawa paling hot.
Kalau nak jadik model, kena tinggi, kaki panjang, muka tak cantik takpe asal unik, kulit tak putih takpe asal cantik takde jerawat, and ramai orang kata kena kurus, and kena konfiden.
Bersungguh-sungguh aku berlatih dari kecik jalan macam model, dabik dada macam model, hayun tangan macam model, kepala kena chin up macam model, senyum sombong macam model. Semua lah macam model!
Setelah masuk umur 18 tahun.... aku masih kurus. Yay! Lulus! Tapi.... aku tak tinggi-tinggi, kaki tak panjang-panjang, lepas kena chicken pox muka ada jerawat la pulak....
Kawan baik aku kata, "ko mana boleh jadi model, ko ada lesung pipit! Lesung pipit ni dah dikira cacat tau tak? Model kena perfect. Tak boleh cacat. Haha"
Adik pulak kata, "nak jadi model gigi kena lawa, gigi berterabur ada hati nak jadi model. Hahaha"
Haih. Isk isk isk. Terkubur lah cita-cita masa kecil aku begitu sahaja....

Tapi...tapi...nak tau tak? Masa sekolah SSI, ada pertandingan model kat asrama, lawan antara dorm, model model mesti junior yang baru masuk form 1. Masa ini aku senior dah.
Dan..... tempat pertama, kedua and ketiga semua junior junior dorm aku yang bolot weyh!!
Dan..... dan..... cuba teka siapa yang bersungguh-sungguh melatih mereka berjalan macam model?? Siap letak kayu penyapu kat pinggang tahan dengan tangan tuh! Posture, posture kena tegak beb. hehehe
Funny...how time flies. Now dah tak terasa nak jadik model pun. Sebab dah sedar diri. Hahahaha. Nonetheless, i still love watching any catwalk/model/fashion show. Aku suka tgk keyakinan mereka mereka yg berjalan di khalayak orang ramai.
Yes, Confidence attracts me.
And i guess, ade hikmah for everything. Yes, i'm short, i'm pimply, gigi berterabur, kurus keding pulak tu, but Hanafee loves me. *winks* Terima kasih Tuhan.
*smiles* cita-cita korang dulu nak jadi apa?