Tuesday, June 24, 2008

Tazkirah Summer hehe


Adab tidur. Perkara macam ini memang la tak pernah diajar secara formal dalam kelas. Selalunya kita terbaca kat mana mana atau ada la sesiapa yang pernah beritahu. Ye tak? =)

Sebenarnya terjumpa satu artikel pasal tidur ni dalam surat khabar. Terus, saya amiklah isi isi yang penting untuk kongsi dengan kamu dalam blog ni. Hehe.

Jom kita baca

  1. Bagi umat Islam, elok lah kita mengambil wuduk dulu sebelum tidur. Allah akan pelihara roh kita di-sisiNya . Kalo kita tidur tanpa wuduk, Tuhan tidak akan memandang kita dan terus Jin Syaitan pun boleh menggangu kita. (Sbb tu mimpi bukan bukan. Rasa cam kena tindih hantu dan sebagainya)
  2. Tidur di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat. (Salah satu cara wahyu diturunkan. Mimpi yang benar kan mimpi yang diberkati Tuhan)
  3. Elak tidur menelentang, kaki bersilang, tertiarap atau angkat punggung.
  4. Tutup aurat and tidur lah di tempat yang selamat dan jauh dari fitnah. (Kalau nak seksi seksa jugak selubunglah dgn selimut!! haha)
  5. Bacalah doa sebelum tidur. (Kan mak dah ajar banyak kali ni. haish. degil!!)
  6. Tidur hanya bila rasa mengantuk. (Bukan bila rasa bosan. hehe. kena batang hidung sendiri).
  7. Tidur jangan berlebihan dan berpanjangan untuk elak hilang kewarasan akal. (Jangan bongkak "Ah, tipu je tu. Aku tidur banyak tapi pandai je lagi ni!!". Eh hello? Tuhan boleh tarik nikmat kewarasan awak bila bila masa sahaja tau without you even realizing it.)
  8. Jangan tidur lama lama supaya tidak dikencing Syaitan. (ha...baca tu. memanglah kita tak nampak tapi eee...kamu suka ke dikencing?)
  9. Kalo nak tidur sekejap untuk rehat, elok sebelum waktu Zohor. (Islam syorkan. Sunnah Nabi s.a.w)
  10. Tidur sedikit pada waktu malam. Bangun selepas tgh malam sampai pagi untuk beribadat or belajar. (Ha.. bukan bangun tgh malam untuk sambung main game ye. hehe)
  11. Jauhkan tidur dua kali pada waktu siang kerana itu amalan syaitan. (ni kira macam dah tidur sebelum zohor lepas tu tidur lagi lepas asar la ni. elakkan ye kawan kawan)
  12. Elakkan tidur siang jadik habit kerana boleh keruhkan wajah and rezeki mahal.

Ha... itu lah dia...isi-isi yang saya ambil dari artikel itu. Banyak juga yang kita jarang amalkan dan tak ambil peduli...ye tak? (termasuklah saya yang menulis ni. hehe.) Terus, marilah kita ingatkan sesama sendiri. Lepas ini, kita kene ambil pedulik!!! =)

Kalo nak tahu, Syaitan ada bersumpah dengan 3 perkara. Selagi kita manusia selalu dan berterusan melakukan 3 perkara itu, selagi itu lah pintu kesesatan terbuka luas dan mudah bagi golongan Syaitan ni nak hasut kita... and confirm tak gagal lah usaha si Syaitan durjana itu!!

3 perkara itu ialah ( kita semua mesti cuba elakkan tak kira lelaki perempuan) :
  1. Keinginan untuk makan
  2. keinginan terhadap perempuan
  3. keinginan untuk tidur

Sekian untuk renungan dan fikiran kita bersama!!!

Cheers!! =D

1 comment:

sakibakidaki said...

ok.
terselamat.

ingin tidur.(sangat2!)
ingin makan.(hehe. mestilah!)

tapi tanak perempuan.