Wahai rakan sejawatku
Aku sedar engkau suka berkongsi cerita
Tapi tersasul keluar dari mulut itu, kadangkala
yang tidak perlu aku tahu cerita-ceritanya
Sedangkan aku dan mereka tiada kena mengena
Semua itu sebenarnya aku tidak mahu tahu
Katuplah mulutmu, jangan disebar kepada aku
Sungguhpun begitu
Aku tetap meminjamkan telinga, menongkat dagu
Berselang-seli angguk tanda setuju
Kejap-kejap suarakan pendapat aku, kejap-kejap membisu
Kadangkala terfikir juga otak ini
Adakah suatu hari
aku pula akan jadi bahan umpatanmu nanti?
2 comments:
i like this one..normally, lebih sudu dari kuah..hihi :D
ya ya~
gossipping comes easily
one wonders if we will be the next subject.
huhu
=)
Post a Comment