Wednesday, June 10, 2009

Kerja


Aku tidak merungut pasal kerja. Mama kata merungut pasal kerja nanti jadi tak ikhlas, and nak jadi pendidik ni mesti kena ikhlas. Mesti kena ada tempat dalam hati untuk disembunyikan benci dan marah. Aku sedar itu, aku sediakan satu daerah dalam hati yang paling dalam untuk benci dan marah. Selebihnya untuk cinta dan gembira.

Aku tidak merungut pasal kerja, sebab aku tahu kerja aku mulia. Kerja aku mendidik anak bangsa. bukan aku kata aku yang mulia, banyak jugak cacat cela manusia biasa ni. tapi ntahlah, ada masa di pejabat aku rasa tidak selesa. Seperti diperhatikan, dinilai dan dipersoal.

"Eh ko bukan dah keje lama ke? apsal ko tak confirm lagi?"

Confirm tak confirm. Soalan sering aku ditanya. Terdetik sekali dua, dalam hati, aku tak bagus berkerja? atau terlalu banyak cuti?

jawapan aku pada semua, aku senyum, "takper.. tak kisah pun"

lirik mata menjeling, benci melihat aku yang mereka sangka cuba berlagak cool. Bukan berlagak cool tapi aku memang tidak peduli. Apa beza confirm dengan tidak?

confirm ada insurans (itu aku sudah ada)
ada annual leave (takpa potong saja gaji aku kalau aku bercuti, baru bersih gaji aku biar pasti halal)
kalau kahwin dapat cuti and bonus (aku ada simpanan dan aku mampu dipotong gaji dua minggu, lagipun kegembiraan bersama isteri tidak dinilai pada gaji)
increament (naik gaji???? mungkin buat masa ini aku selesa dengan gaji aku)

Jgn salah faham, semua kelebihan ini kalau diberikan kepada aku, aku terima dengan hati yang gembira. Tapi, kalau orang tidak memberi, aku tidak menuntut, mereka enggan memberi kerana mereka rasa aku tidak layak seadanya, takpa, beri aku masa, biar aku tunjuk pada mereka, hebat aku pada pentas dunia. Nanti kamu berikan juga kepada aku naik gaji tu.

Kerja aku memenatkan. Aku tidak penat melihat pelajar aku yang melopong dihadapan dengan mulut terbuka tidak faham dengan slanga bahasa aku yang ntah dari mana. Tapi aku gembira bila aku terus menerang, mata mereka bercahaya, mereka menganggap aku sebaya.

"Mr. H hisap rokok tak?"
"Dulu hisap macam kereta rosak, sekarang dah kurang, social smoker je"
"Mr. H nak?" disuanya rokok kepada aku. dan aku gapai, aku faham, egonya tinggi sedikit, gurunya menerima pemberian tidak seberapa. Ya aku ingat juga Dr. Ismaz di dalam pejabatnya berkongsi rokok dan cerita. Sayang jgn marah ya? betul tidak selalu kadang-kadang sahaja.

Aku suka pelajar aku. Mereka rasa aku sebahagian dari mereka dan serius aku cuba, kadangkala untuk menjadi sebahagian daripada mereka. Bukan perasan muda, just mahu mereka tahu, tidak perlu menjadi skema kalau nak berjaya. Asalkan hati dan minda mahu mencuba. Aku yakin mereka boleh dan akan berjaya.

So kenapa tulis post bodoh panjang berjela? Sebab aku tidak suka filing. Pening. Dokumen aper kat maner saper punyer? argh malas aku nak pikir! blog lagi best. Tapi takper, semester akan buka semula, pelajar akan datang semula, dan aku akan ada satu lagi peluang. Membuat mereka bangga, mejadi insan mengejar pendidikan.

5 comments:

Summer said...

Nak komen picture dulu. That's so me at work!! Hahahaha. Yes, it might be easier to just do the job, but the problem is, the job is boring!!!! Hahaha. But still kena buat juga. Damn. =D

Jealous. You get to have a job that you love. That's why u don't seem to care whether dah confirm or tak. Plus, "Teach and Learn" - it's in your blood. A legacy pun macam ye jugak. =)

I know how much you wanna be connected to your students. jgn lupa ajar mereka jaga adab dan boundary. Student tak sepatutnya mencuba untuk cross the line no matter how nice or cool they think you are.

Ok dah. Sorry, panjang. =D

manje said...

hai
hanafee ni lecturer ke?
hmm..care to give a few insight on being one?
i ada teringin nak venture into academic once finish study nanti =)

Amer Rezza said...

Hi, of you're free, please visit my new little cabinet at His Ministry, by Amirul Rezza. No government tax applied. Thanks :)

Hanafee said...

to manje

Ill post another post as soon as i can about how to get here and what to do when you finally do get here... be prepared for the ride of your life haahahaha

manje said...

wooo~..
be prepared ek
okkeeh
hahah