Wednesday, June 10, 2009

Séraphine Louis


From left: Movie poster, Yolande Moreau as Seraphine, Seraphine paints.
Below: The real Seraphine Louis (1864-1948).


“Seraphine”. Filem Antarabangsa dari Perancis.

Tentang seorang pelukis. Namanya Séraphine Louis.
Tentang seorang pengumpul seni. Namanya Wilhelm Uhde.
Oh bukan. Ini bukan kisah cinta. =P

Séraphine yatim piatu. Dia seorang pembantu rumah pada waktu siang bertukar menjadi seorang pelukis pada waktu malam. Tidak banyak bercakap tapi suka menyanyi. Sangat cinta pada alam dan tumbuh-tumbuhan. Tidak pernah masuk kelas melukis. Pandai melukis dengan sendirinya, dari hati. Séraphine melukis dengan campuran buah-buahan, bunga-bunga, lumpur, arak hinggakan darah. Apa-apa sahaja yang dia jumpa dan lihat yang dirasakan boleh guna untuk melukis.

Wilhelm, seorang pencinta dan pengkritik seni yang homoseksual @ gay. Selalu bersama adik perempuannya. Wilhelm lah orang pertama yang membeli lukisan Seraphine, malah lukisan Picasso juga.

Things I learnt from the movie:
  • Kalau manusia dah memang minat sangat akan sesuatu, Perang Dunia Pertama pun tak dapat menghalang dari melakukan apa yang kita mahu.
  • Kurangnya duit bukan penghalang untuk seseorang menjadi apa yang dia mahu jadi. Contohnya pelukis. Takde duit, guna lah benda free!! hehehhehe.
  • Menyentuh atau bercakap dengan tumbuh-tumbuhan, pokok, sungai, alam semula jadi dan binatang adalah sesuatu yang menenangkan hati.
  • Dapat wang yang banyak serta merta boleh menjadikan seseorang boros. Huhu (Kena batang hidung sendiri)
  • Semua manusia ada “dark side” masing-masing.
  • Mengharapkan sesuatu sangat sangat dan kemudian tidak dapat, boleh menjadikan seseorang itu gila. Lebih lebih lagi kalau tiada kawan di sisi.
  • Sedalam mana pun minat kita terhadap sesuatu, jangan biarkan diri tidak terurus.
  • Tidak ada manusia yang mahu hidup dalam kekotoran, tetapi kemiskinan menyebabkan mereka terpaksa hidup BERSAMA kekotoran. Kalau diberi peluang, semua manusia mahukan sesuatu yang bersih dan cantik.
  • Terimalah ahli keluarga seadanya. Walaupun gay. Sebab dia darah daging kita.
  • Jangan pandang rendah atau memijak orang bawahan. Mereka pasti mempunyai bakat atau kepandaian yang tersembunyi.
Filem ini lambat. Tidak sesuai untuk orang-orang yang suka pada romantika dan kepantasan.

Sekian.

p/s: Japanese Film Festival 2009 is just around the corner. Arghh!!!! Why oh why semua mesti ada di Kuala Lumpur?!!

5 comments:

youramoi said...

Arghh!!!! Why oh why semua mesti ada di Kuala Lumpur?!!

is that an excitement or sad exclamation?
hehhehe

Unknown said...

sbb tengok movies dgn anak2, I watched monster vs. aliens jer.

no chance to sample the artsy fartsy genre of movies!

Sabrina said...

@manje - it's a sad exclamation. =) I live with parents in johore.

@anggerik - haha. my parents pun watched monster vs aliens with my lil brother. but hey, you can still catch movies with friends, right? =)

Hanafee said...

I loved it... the camera... the lighting... the detail... urgh... passionate movie from a passionate movie maker!!!

look at her fingers when she paints.. her fingernails are actually stark black.... and the ending... when the camera sits still showing her walking towards a tree out in the distance... like symbolic walk to death.... then again.. maybe im just being way too analytical hahahah

Hanafee said...

versed anggerik...

I think this movies good for children too.... 5 minutes into it and they'll be drooling and snoring :D then youll have some "you-time"